RSS

Akhirnya...


25 Oktober 2011 adalah tarikh di mana perniagaan secara alam maya atas usaha mummy, paklang dan juga daddy telah pun dilancarkan.. Alhamdulillah... So, kawan2 sume boleh la layari www.viceversafashion.blogspot.com  dan pada yang ade mukebuku atau Facebook boleh la like viceversa fashion house... ade harga promosi yea kawan-kawan...


Condolences To Her Family


Ingat lagi tak kes mengenai budak cina yang dilanggar tetapi tidak dihiraukan oleh orang yang berada di sekelilingnya. Berita budak cina dilanggar ini tersebar di TV3 baru-baru ini.

Budak cina kena langgar ini cukup menyayat hati bagi sesiapa yang menonton sehingga ada yang memaki hamun sikap orang di sekelilingnya. Tak kurang juga ada dengar desas-desus yang mengatakan video ini palsu. Yang penting, ianya buat pengajaran untuk semua.

Yang menjadi persoalan, kenapa 18 orang di sekeliling seperti tidak rasakan apa-apa. Kalau ada yang prihatin, tak mungkin budak itu dilanggar 2 kali. Mungkin yang berlaku ada hikmahnya.

Menurut media cina, budak ini disahkan telah meninggal dunia hari ini selepas koma dilanggar tempoh hari. Salam Takziah buat keluarga beliau.
 
 
Keadaan budak cina tu semasa diberi rawatan
 
 
 
 
 
P/s: harap di Malaysia tiada la kejadian sebegini... 

Sgt Tragik... Apa Nak Jadi Dunia Sekarang Nih?


Semalam kecoh seharian mengenai citer pasal kanak-kanak yang berumur lingkungan 2 tahun Di China dilanggar dan digilis dengan van dan lori dan ape yang lebih malangnya, tidak seorang pun dari 18 orang yang lalu lalang kat jalan tuh peduli dengan keadaan budak yang berlumuran darah tuh. Sangat sayu hati mummy tgk video yang ditayangkan di Buletin Utama Malam Isnin lalu.. Apakah nasib kanak-kanak sebegitu, tak berperikemanusiaan langsung ke orang-orang kat China nih?? Itulah first Impression mummy selepas melihat video yang ditayangkan... dan cepat-cepat grab pwinchess mengharapkan dijauhkan bencana sebegitu.. Na'uzubillah...

Berita susulan malam tadi di Buletin TV3 telah merungkaikan kenapa tiada seorang manusia yang lalu lalang di situ yang hendak menolong dan kenapa van putih tu jalan jugak walaupun dah sedar yang dia telah langgar seorang budak, sebabnye ialah  
Kalo budak tuh mati dia hanya akan membayar pampasan/denda sekitar CNY1,663,330 ke CNY1,683,870 sahaja (RM810,000 - RM820,000) tapi sekiranya budak itu hidup pemandu van dan lori tu akan tanggung seumur hidup akibatnya. Orang yang lalu lalang plak tak nak langsung menghulurkan bantuan adalah disebabkan mereka takot akan dipertanggungjawabkan oleh kedua ibubapa bidak tu.. Itulah ape yang diperjelaskan dalam Buletin Utama malam tadi. Apakah Undang-undang yang digubal ini?? tiada keperimanusiaan langsung..

Okeh.. itu di China, yang di Malaysia ni plak hot cerita pasal gadis 16 tahun mengelar anak sejurus melahirkan gara-gara teman lelaki tidak menerima bayi tersebut?? Apakah semua ini?? Penat-penat mengusung perot 9 bulan ke sana ke mari.. akhirnya kamu buat seperti itu?? Sudahlah kamu membuat dosa dan tambah lagi dosa.. Ya ALLAH, apalah salah bayi itu?? Dia sangat suci untuk diperlakukan sebegitu. Apa nak jadi manusia zaman sekarang nih??

Mummy bahagia melihat pwinchess membesar dengan kami seadanya, mummy mengharapkan dan mendoakan agar pwinchess sentiasa diberkati dan dilindungi oleh ALLAH S.W.T... aminn..

p/s: mengharapkan keajaiban berlaku kepada kami sekuarga...




 
Copyright 2009 pwinchess dairies. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | Distributed by Blogger Template Place