Akhirnya...


25 Oktober 2011 adalah tarikh di mana perniagaan secara alam maya atas usaha mummy, paklang dan juga daddy telah pun dilancarkan.. Alhamdulillah... So, kawan2 sume boleh la layari www.viceversafashion.blogspot.com  dan pada yang ade mukebuku atau Facebook boleh la like viceversa fashion house... ade harga promosi yea kawan-kawan...


Condolences To Her Family


Ingat lagi tak kes mengenai budak cina yang dilanggar tetapi tidak dihiraukan oleh orang yang berada di sekelilingnya. Berita budak cina dilanggar ini tersebar di TV3 baru-baru ini.

Budak cina kena langgar ini cukup menyayat hati bagi sesiapa yang menonton sehingga ada yang memaki hamun sikap orang di sekelilingnya. Tak kurang juga ada dengar desas-desus yang mengatakan video ini palsu. Yang penting, ianya buat pengajaran untuk semua.

Yang menjadi persoalan, kenapa 18 orang di sekeliling seperti tidak rasakan apa-apa. Kalau ada yang prihatin, tak mungkin budak itu dilanggar 2 kali. Mungkin yang berlaku ada hikmahnya.

Menurut media cina, budak ini disahkan telah meninggal dunia hari ini selepas koma dilanggar tempoh hari. Salam Takziah buat keluarga beliau.
 
 
Keadaan budak cina tu semasa diberi rawatan
 
 
 
 
 
P/s: harap di Malaysia tiada la kejadian sebegini... 

Sgt Tragik... Apa Nak Jadi Dunia Sekarang Nih?


Semalam kecoh seharian mengenai citer pasal kanak-kanak yang berumur lingkungan 2 tahun Di China dilanggar dan digilis dengan van dan lori dan ape yang lebih malangnya, tidak seorang pun dari 18 orang yang lalu lalang kat jalan tuh peduli dengan keadaan budak yang berlumuran darah tuh. Sangat sayu hati mummy tgk video yang ditayangkan di Buletin Utama Malam Isnin lalu.. Apakah nasib kanak-kanak sebegitu, tak berperikemanusiaan langsung ke orang-orang kat China nih?? Itulah first Impression mummy selepas melihat video yang ditayangkan... dan cepat-cepat grab pwinchess mengharapkan dijauhkan bencana sebegitu.. Na'uzubillah...

Berita susulan malam tadi di Buletin TV3 telah merungkaikan kenapa tiada seorang manusia yang lalu lalang di situ yang hendak menolong dan kenapa van putih tu jalan jugak walaupun dah sedar yang dia telah langgar seorang budak, sebabnye ialah  
Kalo budak tuh mati dia hanya akan membayar pampasan/denda sekitar CNY1,663,330 ke CNY1,683,870 sahaja (RM810,000 - RM820,000) tapi sekiranya budak itu hidup pemandu van dan lori tu akan tanggung seumur hidup akibatnya. Orang yang lalu lalang plak tak nak langsung menghulurkan bantuan adalah disebabkan mereka takot akan dipertanggungjawabkan oleh kedua ibubapa bidak tu.. Itulah ape yang diperjelaskan dalam Buletin Utama malam tadi. Apakah Undang-undang yang digubal ini?? tiada keperimanusiaan langsung..

Okeh.. itu di China, yang di Malaysia ni plak hot cerita pasal gadis 16 tahun mengelar anak sejurus melahirkan gara-gara teman lelaki tidak menerima bayi tersebut?? Apakah semua ini?? Penat-penat mengusung perot 9 bulan ke sana ke mari.. akhirnya kamu buat seperti itu?? Sudahlah kamu membuat dosa dan tambah lagi dosa.. Ya ALLAH, apalah salah bayi itu?? Dia sangat suci untuk diperlakukan sebegitu. Apa nak jadi manusia zaman sekarang nih??

Mummy bahagia melihat pwinchess membesar dengan kami seadanya, mummy mengharapkan dan mendoakan agar pwinchess sentiasa diberkati dan dilindungi oleh ALLAH S.W.T... aminn..

p/s: mengharapkan keajaiban berlaku kepada kami sekuarga...




 

Lagu Baru

Dulu time tengah musim citer Stanza Cinta Pwinchess "Galak" dengar lagu Alyah Kisah Hati.. La ni tengah hebat citer CINTA ELYSSA dia "Galak" Plak dengar lagu Stacy "Kisah Dongeng".. Dah suh pasang jer la plak.. ape nk jadi ank mummy nih?? Ape pon tak boleyh.. hehheheheh.. layan jom lagu nih..




Nuffnang....


Semalam mumy terbaca Blog kawan mummy http://shibamjelita.blogspot.com/ antie cite pasal dia dpt cek drpd nuffnang.. then mummy pon cm berminat.. yea la benda yang blh mendatangkan duit sape yang tak nak kn?? So mummy pn tanya la antie lynda tu cmne nk dptkn cek dr nuffnang.. Then antie lynda pn aja la mumy cara2nye.. Senang je ghope nyer.. hehehe.. npe la mummy x taw sebelom2 nih?? apae pun terima kasih daun keladi tu mummy friend's antie lynda.. sok2 kalo dapat cek akan mummy citekn kat antie lynda..hehehhehe..

it's 35 not 36


12 Oktober 2011 -  hari ni besday ayah long .. selamat hari jadi ayah long.. moga panjang umur, murah rezeki, bahagia selalu dan sukses dalam ape jua bidang yang ayah long ceburi...  kek aritu dah beli kan?? hehehheh... dan sori sebenarnye ayah long 35 tahun bukan 36 tahun seperti dalam entry sebelum nih.. 
 





looking forward mummy's besday in november!!

Lagu Chinta Pwinchess


Lagu yang salu akan pwinchess nyanyi tiap ari, tiap masa, tiap waktu, asal teringat jerk musti request "mummy lagu chinta"... kdg2 mummy pai muak plk asik dgr je lagu yg sama.. tapi kalo x bagi dia plak melalak..  dan ramai bmers (BBM friends) mummy yang tanya apsal dgr algu yang sama jerk.. hihih.. Percaya atau tak.. pwinchess boleh hafal lirik2 nye.. walaupun sebutan tak berapa btol dan pitching larii.. hihihi.. kecik2 lagi dah pandai anak mummy nih... So layan jerk la...

Octoberian 63 or 36 ??


Wow.. October already.... syukur kita masih bernafas di bumi ALLAH.. dan syukur juga insan tersayang masih bersama dalam menjalani kehidupan seharian.. Last Sunday 2.10.2011 adalah hari kelahiran atok kesayangan pwinchess.. 63 yrs old sudah atok pwinchess nih.. alhamdulillah masih sihat dan kuat lagi bertambah encem.. hehehhe.. And next coming Wednesday 12.10.2011 besday Ayah Lom pwinchess plak.. Moga Ayah Lom sihat,segak, murah rezki dan berbahagia selalu hingga ke akhir hayat.. aminnn..

So, ptg ahad tu mummy, pwinchess, dady and ayam berlari ke Baskin Robin, Plaza Shah Alam (atas permintaan ayam tau, bkn besday boy)... So sesi memilih kek bermula la.. dr besar ke kecik ke besar balik.. and finally we choose tok  9-12 people makan.. and choose orea atas permintaan abam aiman.. huh.. kopak mummy.. tp tok yang tersayang yg hanya setahun sekali.. berkorban apa saja larh.. hihiii.. So ayam sponsor kfc and maklom sponsor pizza.. masing2 makan sampai lebam... 

"SELAMAT HARI LAHIR BUAT ABAH/ATOK DAN ALONG/AYAH LOM"


Oreo Cake yang telah dipilih

cantik tak no tu??

sume dah serang meja utama.. ngeh2..

yang sibuk nk potong cake bkn besday boy.. tp org lain.. hihihi..


Copyright 2009 pwinchess dairies. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | Distributed by Blogger Template Place